Koperasi UKHWAH Pembiayaan Peribadi Cash-i

Tiada penjamin diperlukan dan ada rebat ke atas pembayaran awal

  • Amaun pembiayaan sehingga RM200,000
  • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun
  • Kadar keuntungan serendah 4.35% setahun
  • Pembayaran (Payout) sehingga 86%
Mulakan Padanan Produk Disini

Assidq.com adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang di keluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT). 

Assidq.com TIDAK mengeluarkan sebarang produk kewangan atau mengenakan yuran tambahan untuk memohon produk-produk kewangan yang dipamerkan di laman ini.

Tawaran kewangan yang dipaparkan adalah berdasarkan keperluan dan kelayakan anda. Kelulusan dan kadar keuntungan pembiayaan peribadi mungkin bergantung pada tahap risiko individu atau kriteria lain yang ditentukan oleh rakan kewangan kami.


Ciri-ciri Produk

  • Jumlah Pembiayaan: RM2,000 - RM250,000
  • Tempoh Pembiayaan: 2 - 10 tahun
  • Kadar Keuntungan (Kadar Tetap): 4.99% setahun untuk pinjaman bertempoh 4-10 tahun dan 4.35% setahun untuk pinjaman bertempoh 1-3 tahun
  • Perlindungan Takaful: Ada, 13% daripada jumlah pembiayaan
  • Penjamin: Tiada
  • Cagaran: Tiada
  • Deposit: Tiada
  • Yuran Pendaftaran: RM10
  • Yuran Pemprosesan: RM100
  • Ansuran Awal: Tiada
  • Duti Setem: 0.5% daripada jumlah pembiayaan
  • Bayaran Penyelesaian Awal: Tiada (akan diberikan rebat (Ibra’))
  • Saham Koperasi (dikembalikan): RM200 
  • Sumbangan Amal: RM100 
  • Bayaran Pendahuluan Keahlian (sebahagiannya dikembalikan): RM180 (6 bulan x RM30) 
  • Tabung Bulanan Anggota: Tiada

Kelayakan

  • Warganegara: Malaysia sahaja
  • Syarat Umur: 19 - 58 (umur maksima pada tarikh akhir pembiayaan adalah 60 tahun)
  • Pendapatan Bulanan Minima: RM1,500 gaji kasar sebulan (termasuk elaun)
  • Pekerjaan: Kakitangan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan badan berkanun sahaja, dengan jawatan tetap dan telah berkhidmat selama minima 6 bulan (kecuali Anggota Tentera)
  • Komitmen luar tinggi layak memohon, pinjaman LPPSA diambil kira
  • Pembiayaan Bertindih (Overlap) dan Penyelesaian Akaun Disenarai Hitam (Blacklist) dibenarkan
  • Potongan gaji (termasuk pembiayaan baru) tidak melebihi 60% daripada jumlah pendapatan
  • SAA (Special Attention Account): Tidak diterima

Dokumen Yang Perlu Disediakan

  • Kad Pengenalan (3 salinan) 
  • Salinan slip gaji 3 bulan terkini (3 salinan setiap bulan) 
  • Penyata penyelesaian terkini bagi menyelesaikan (overlap) pinjaman lama 
  • Surat Pengesahan Jawatan 
  • Salinan Penyata/Buku Akaun Simpanan Maybank (1 salinan) 
  • Surat opsyen bersara jika berumur 50 tahun ke atas 
  • “Allotment Form” bagi pemohon dari Sabah dan Sarawak (5 salinan) 
  • Surat Emolumen dari kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) (1 salinan)

Kaedah Pembayaran

  • Potongan gaji melalui Biro Angkasa

Semua pengiraan hanya untuk tujuan ilustrasi. Kadar yang dinyatakan adalah setahun dan boleh berubah tanpa notis terlebih dahulu (oleh penerbit). Tertakluk kepada terma dan syarat.

Soalan Lazim Koperasi Ukhwah Pembiayaan Peribadi Cash-i

Siapakah yang layak memohon Pembiayaan Peribadi UKHWAH? Pembiayaan ini terbuka kepada kakitangan kerajaan, badan berkanun dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang terpilih. Pemohon hendaklah mencapai usia 19 tahun dan umur maksima yang dibenarkan adalah 53 tahun. Pemohon hendaklah berjawatan tetap, telah disahkan perkhidmatan dan berkhidmat melebihi 6 bulan.

Berapakah jumlah pembiayaan maksimum?
Pembiayaan maksimum adalah RM250,000.00 selagi potongan gaji bulanan tidak melebihi 60 peratus.

Apakah yang dimaksudkan dengan peratus potongan? Jumlah potongan (termasuk pembiayaan ini) tidak melebihi 60 peratus daripada jumlah pendapatan kasar.

Bolehkah pembiayaan ini digunakan untuk menyelesaikan tunggakan dan tanggungan dari institusi kewangan yang lain? Boleh. Sila sertakan penyata baki semasa pemohon. Bagaimanapun ia tertakluk kepada jumlah potongan gaji yang baru, kadar potongan mestilah tidak melebihi had 60% yang ditetapkan.

Berapa peratuskah jumlah bersih pembiayaan yang akan diterima oleh pemohon? Pemohon akan menerima 81 peratus hingga ke 86 peratus daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan setelah ditolak caj-caj yang berkaitan.

Apakah yang dimaksudkan dengan elaun-elaun tetap? Semua jenis elaun / imbuhan yang bersifat tetap walaupun pemohon bertukar unit atau bahagian. Sebagai contoh: elaun khidmat awam, elaun perumahan, dan lain-lain.

Apakah pemohon perlu membayar kesemua caj yang dikenakan sekiranya permohonan diluluskan? Tidak. Kesemua caj tersebut akan dipotong dari jumlah pembiayaan yang diluluskan.

Bagaimanakah cara pembayaran balik untuk pembiayaan ini? Pembayaran balik adalah melalui potongan Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA).

Apakah dokumen yang diperlukan? - Kad Pengenalan (3 salinan) - Salinan slip gaji 3 bulan terkini (3 salinan setiap bulan) - Penyata penyelesaian terkini bagi menyelesaikan (overlap) pinjaman lama - Surat Pengesahan Jawatan - Salinan Penyata/Buku Akaun Simpanan Maybank (1 salinan) - Surat opsyen bersara jika berumur 50 tahun ke atas - “Allotment Form” bagi pemohon dari Sabah dan Sarawak (5 salinan) - Surat Emolumen dari kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) (1 salinan) * Setiap salinan perlu disahkan oleh majikan

Apakah syarat-syarat untuk menjadi anggota koperasi? Syarat-syarat untuk mendaftar sebagai anggota koperasi adalah seperti berikut: - Warganegara Malaysia. - Telah mencapai umur lapan belas (18) tahun. - Bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi koperasi ini; dan. - Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang dari keanggotaan mana-mana koperasi.

Adakah pemohon yang telah disenarai hitam (blacklist) layak memohon? Pemohon yang pernah disenarai hitam (Blacklist) masih layak memohon. Kelulusan permohonan bagaimanapun tertakluk kepada persetujuan pemohon untuk menyelesaikan akaun pinjaman yang telah disenaraihitamkan (sebahagian atau sepenuhnya).