TERMA & SYARAT AGENSI PELAPORAN CREDIT

Terma & Syarat CRA ini disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Sekiranya terdapat percanggahan di antara kedua-dua versi Terma dan Syarat ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Sedania As Salam Capital Sdn. Bhd. (secara kolektif “AS SALAM”, atau “kami”) adalah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan Platform Dagangan Kewangan Islam atau Islamic Financial Tawaruq (Fund-raising) Trading Platform di Malaysia yang memudahkan urusan Pembiayaan Kewangan Islam melalui penerapan Financial Technology (Fintech) dan kami juga bertanggungjawab dalam menguruskan operasi laman web As-Sidq (dirujuk sebagai “AsSidq.com).

AsSidq.com merupakan sebuah platform pasaran yang mengetengahkan teknologi atas talian dan berfungsi untuk menghimpunkan, mempamerkan dan membandingkan produk kewangan yang ditawarkan oleh pelbagai bank atau institusi kewangan. (“Perkhidmatan”).

Terma dan Syarat CRA menerangkan terma dan syarat berhubung dengan data peribadi, tertakluk kepada Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 (Credit Reporting Agency Terms and Conditions)(“CRAA 2010”). Terma dan Syarat CRA ini berfungsi sebagai notis untuk memaklumkan tujuan bagi pengumpulan data dan menerangkan bagaimana data tersebut di proses. Anda dinasihatkan untuk menggunakan Terma dan Syarat CRA ini sebagai sebuah panduan untuk memahami dan mengetahui hak anda berkenaan data peribadi supaya anda boleh membuat keputusan sebelum memberikan sebarang persetujuan atau izin.

1. TUJUAN

1.1. Sekiranya anda ingin meningkatkan kadar optimum perkhidmatan AsSidq.com, cth: untuk memproses, mentadbir dan/atau menguruskan hubungan anda dan/atau akaun anda bersama AS SALAM, anda boleh memberikan persetujuan agar maklumat kredit/laporan kredit untuk dikumpul, digunakan, didedahkan dan/atau diproses oleh Experian Information Services (Malaysia) Sdn. Bhd. (“EXPERIAN”), Agensi Pelaporan Kredit di bawah CRAA 2010 bagi tujuan menyediakan laporan kredit untuk menilai kelayakan kredit anda.

2. PENGAKUAN

2.1. Dengan ini anda memberi pengakuan dan persetujuan bahawa:

2.1.1. Seiring dengan CRAA 2010, saya, individual yang berikut, memberikan persetujuan dan izin kepada AS SALAM untuk memperoleh dan mendedahkan sebarang Maklumat Kredit (seperti definisi di dalam Akta) berkenaan diri saya kepada EXPERIAN atau mana-mana sumber yang dianggap sesuai dan berkaitan untuk mengesahkan rekod kredit saya seperti mana AS SALAM dan EXPERIAN atau mana-mana sumber yang berkaitan anggap sesuai di bawah sebarang undang-undang, panduan, peraturan atau arahan berkenaan permohonan kredit saya atau transaksi bersama AS SALAM bagi tujuan yang berikut (tidak terhad kepada): pembukaan akaun, penilaian kredit, semakan kredit, pemantauan kredit, pemulihan hutang, scoring solution, dokumen undang-undang dan tindakan berkaitan kontrak atau kemudahan yang diberikan. Persetujuan yang sedemikian akan terus diguna pakai selagi saya mengekalkan sebarang transaksi bersama anda. Saya faham akan Dasar Privasi AsSidq dan Terma dan Syarat CRA.

2.1.2.  Untuk memberikan maklumat peribadi anda kepada EXPERIAN atau mana-mana agensi palaporan kredit yang berkaitan untuk memproses, mengesahkan dan memperoleh maklumat kredit (termasuk CCRIS dan DCHEQS daripada Bank Negara Malaysia) pada bila-bila masa dan secara berlanjutan untuk memantau permarkahan skor kredit.

2.1.3.  Untuk membuat sebuah akaun pengguna bersama EXPERIAN atau mana-mana agensi pelaporan kredit yang berkaitan untuk tujuan melindungi ketepatan laporan kredit anda seperti yang tertera di bawah CRAA 2010.

3. LAIN-LAIN

Bagi mengelakkan sebarang keraguan, AS SALAM tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang tindakan, penerimaan, pengabaian, peninggalan atau kelalaian EXPERIAN atau mana-mana agensi pelaporan kredit yang berkaitan di bawah CRAA 2010 bagi sebarang liabiliti, ganti rugi, kos, perbelanjaan atau kerugian yang dialami oleh anda.


AsSidq.com – Credit Reporting Agency Terms and Conditions

Sedania As Salam Capital Sdn. Bhd. (collectively, “AS SALAM”, “we”, “us” or “our”) involves in the business of offering Islamic Financial Tawaruq (Fund-raising) Trading Platform in Malaysia that facilitates Islamic Financing through Financial Technology (Fintech) platform and is operating and managing the As-Sidq’s website (hereinafter referred to as “AsSidq.com”)

AsSidq.com is used inter alia as an online technology driven market place for aggregation, display, comparison of financial products offered by various banks and financial institutions (“Service”).

AsSidq.com Credit Reporting Agency Terms and Conditions (“CRA Terms and Conditions”) lays out the terms and conditions in relation to your personal data, of which is subjected to the Credit Reporting Agencies Act 2010 (“CRAA 2010”). This CRA Terms and Conditions serves as a valid notice to you to inform the purposes of data collection as well as to explain how data is processed. You are advised to use this CRA Terms and Conditions as a guide to understand and be aware of your rights in relation to your personal data thus being able to make an informed decision upon giving consent.

1. PURPOSE

1.1. In the event you opt to further increase the optimization of our services through AsSidq.com ie. to process, administer and/or manage your relationship and/or account with AS SALAM, you may consent for your credit information/credit report shall be collected, used, disclosed and/or processed by Experian Information Services (Malaysia) Sdn. Bhd. (“EXPERIAN”), credit reporting agency under CRAA 2010, for the purposes of preparing a credit report to assess your credit worthiness.

2. ACKNOWLEDGMENT

2.1. You hereby acknowledge and consent to the following:

2.1.1.  That, pursuant to the CRAA 2010, I the following individual do hereby give consent to AS SALAM to obtain or disclose any Credit Information (as defined in the Act) relating to me to EXPERIAN or any source deemed appropriate to verify my credit history as AS SALAM and EXPERIAN or any source deemed appropriate may deem fit under any applicable law, regulation, guidelines, regulatory requirement or directive in relation to my credit application or transaction with AS SALAM for the following purposes (but not limited to) opening of account, credit evaluation, credit review, credit monitoring, debt recovery purposes, scoring solutions, legal documentation and action consented to a contract or facility granted. Such consent shall remain applicable as long as I am maintaining any transaction with you. I understood the AsSidq Privacy Policy and the CRA Terms and Conditions.

2.1.2.  To disclose your personal information for EXPERIAN or any other relevant credit reporting agency to process, verify and obtain credit information (including CCRIS and DCHEQS from Bank Negara Malaysia) at any time and from time to time to facilitate my credit score;

2.1.3.  To create an ID user account with EXPERIAN or any other relevant credit reporting agency for the purposes of safeguarding the accuracy your credit report as per legislated under the CRAA 2010;

3. MISCELLANEOUS

For the avoidance of doubt, AS SALAM shall not be liable for the acts, receipts, neglects, omissions or defaults of EXPERIAN or any other relevant credit reporting agency under the CRAA 2010 for any liabilities, damages, costs, charges or expenses sustained or incurred by you.

Last Updated: April 2020