SOALAN LAZIM

Soalan Lazim Tentang Pasaran Kewangan As-Sidq

Apakah Pasaran Kewangan As-Sidq?
Pasaran Kewangan As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang di keluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT). 

As-Sidq TIDAK mengeluarkan sebarang produk kewangan atau mengenakan yuran tambahan untuk memohon produk-produk kewangan yang dipamerkan di laman ini.

Siapa yang mengendalikan laman As-Sidq?
As-Sidq diuruskan oleh Sedania As Salam Capital Sdn Bhd (anak syarikat milik penuh Sedania Innovator Berhad), sebuah penyedia teknologi kewangan (Fintech) Islamik. Pada terasnya, Sedania As Salam Capital mengendalikan satu-satunya platform perdagangan komoditi digital patuh syariah di Malaysia, As-Sidq Tawarruq, yang dipatenkan dan digunakan oleh 71 institusi kewangan dengan transaksi melebihi 570,000 dan bernilai lebih dari RM51billion. Untuk merapatkan industri kewangan dan pengguna, platform Pasaran Kewangan As-Sidq dimulakan sebagai penyelesaian digital yang bersepadu dan lancar.

Kenapa pilih Assidq.com untuk permohonan produk-produk kewangan Islamik?
Tidak seperti agregator lain, As-Sidq tidak memberi pilihan “Cari dan Banding” kepada pemohon tetapi sebaliknya
As-Sidq menawarkan pilihan kewangan berdasarkan kriteria dan kelayakan yang diisi oleh pemohon. Melalui inisiatif ini, keberangkalian permohonan anda diterima adalah lebih tinggi.

Menitik-beratkan hal HALAL dan HARAM dalam memilih produk-produk kewangan, As-Sidq hanya memaparkan tawaran-tawaran kewangan Islamik sahaja di platform ini. Pemohon tidak perlu risau tentang hal-hal yang melibatkan unsur-unsur riba, gharar dan masyir.

Apakah tawaran kewangan Islamik yang ada di platform Assidq.com?
Untuk masa sekarang, platform Assidq.com hanya menawarkan produk-produk Pembiayaan Peribadi Islamik dan Kad Kredit Islamik.


Soalan Lazim Tentang Permohonan Produk

Bagaimana anda boleh memohon produk ini?
Klik butang "Mulakan Padanan Produk Disini" dan masukkan butiran peribadi yang diperlukan.
Tawaran produk kewangan dari rakan institusi kewangan kami akan dipaparkan berdasarkan kelayakan anda. Klik "Mohon" atas produk yang anda ingin memohon.

Berapa lamakah tempoh pemprosesan permohonan?
Apabila permohonan awal lengkap telah dilakukan dilaman Assidq.com, kami akan melakukan pemeriksaan untuk tujuan mencegah penipuan dan mengesahkan identiti anda. Pemeriksaan ini menghendaki kami memproses data peribadi yang telah anda berikan dan akan mengambil masa lebih kurang 24 jam bekerja.  

Setelah itu, permohonan anda akan dirujuk kepada rakan institusi untuk diproses. Secara am, rakan institusi akan memerlukan tempoh purata 7-10 hari bekerja (tidak termasuk Sabtu, Ahad, dan cuti umum) sebelum kelulusan atau pembayaran keluar dilakukan. Dalam masa ini, pihak bank/institusi kewangan akan menghubungi anda untuk mengumpul dokumen-dokumen yang diperlukan.

Bagaimanakah anda boleh menyemak status permohonan anda?
Aktifkan profil VIP melalui butang "Log Masuk" untuk menyemak status. Kami juga akan berkongsi pautan melalui e-mel dan SMS ke nombor telefon berdaftar anda setelah kami menerima permohonan lengkap anda.

Bagaimana anda nak tahu permohonan anda lulus atau tidak?
Selalunya keputusan permohonan pembiayaan anda (lulus atau tidak) akan dimaklumkan oleh oleh pihak bank atau institusi kewangan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya anda masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, anda dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak bank atau institusi kewangan tersebut.

Bolehkah anda memohon sekiranya anda mempunyai rekod Rekod Kredit (CCRIS/CTOS/PTPTN) yang tidak baik?
Sukar untuk anda mohon sebarang pembiayaan/pinjaman sekiranya anda telah disenaraihitamkan (blacklist) di dalam laporan CTOS, atau mempunyai rekod tunggakan di dalam laporan CCRIS. Oleh kerana situasi anda membuatkan rekod kredit anda tak cantik, jadi rata-rata institusi kewangan tidak akan menanggung risiko anda tidak membuat pembayaran semula sekiranya mereka meluluskan pinjaman anda.

Anda perlu menyelesaikan bayaran tertunggak sebelum melakukan permohonan. Sebarang pinjaman tidak boleh ditawarkan kepada mereka yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA). Adalah dinasihatkan agar anda terus melakukan pembayaran balik pembiayaan mengikut masa untuk tempoh 3 - 6 bulan sebelum memohon semula.

Tetapi, terdapat sesetengah institusi kewangan yang membolehkan anda untuk memohon pinjaman walaupun anda mempunyai blacklist, atau rekod tunggakan. Walau bagaimanapun, anda akan dikenakan kadar faedah atau kadar keuntungan yang lebih tinggi berbanding pemohon dengan rekod kredit yang cantik. Anda perlu membaca dengan teliti syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh institusi kewangan terbabit sebelum mohon.

Bolehkah anda memohon sekiranya anda ada Potongan Gaji (Sistem Potongan Gaji ANGKASA, SPGA)?
Secara amnya, syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman anda lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji anda lebih 60%, tetapi rekod kredit dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) anda cantik – boleh cuba mohon.

Bolehkah anda memohon sekiranya anda dibawah Program Pengurusan Kredit AKPK?
Secara amnya, semua rakan kewangan Assidq.com tidak akan meluluskan permohonan daripada meraka yang dibawah yang berada di bawah pemantauan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Anda baru sahaja lulus pinjaman dari institusi kewangan yang lain, bolehkah anda mohon produk ini?
Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman dari institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, pembiayaan kenderaan, atau pembiayaan perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang 6 bulan sebelum anda mohon pinjaman lain untuk meningkatkan peluang lulus permohonan anda. Untuk menjaga skor kredit anda, anda dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Berapa jumlah pinjaman yang boleh anda mohon?
Walaupun, jumlah pembiayaan yang ditawarkan oleh bank atau institusi kewangan adalah tinggi, jumlah yang anda boleh pohon bergantung kepada pendapatan bulanan anda. Untuk pinjaman peribadi tak bercagar, secara am, bank hanya meluluskan jumlah pinjaman 8 hingga 12 kali ganda pendapatan bulanan anda. Sebagai contoh, gaji bulanan anda RM2,000, maka jumlah maksima yang boleh anda mohon dan diluluskan mungkin cuma dalam lingkungan RM16,000 hingga RM24,000. 

Walau bagaimanapun, ini bergantung kepada banyak faktor lain seperti skor pemarkahan, skor kredit, komitmen bulanan pemohon dan sebagainya. Setiap institusi kewangan mempunyai kiraan mereka sendiri untuk membuat keputusan berapa yang boleh mereka luluskan untuk permohonan anda. Mereka perlu mengambil kira risiko yang perlu mereka tanggung sekiranya pemohon tidak membuat pembayaran semula seperti telah dipersetujui. Risiko ini dikira melalui sistem pemarkahan yang dibangunkan oleh institusi kewangan tersebut. Lebih tinggi risiko, lebih rendah jumlah yang mereka berani luluskan.

Jika permohonan anda ditolak, berapa lama perlu anda menunggu sebelum memohon semula?
Secara umumnya, kami mencadangkan anda menunggu tempoh tiga bulan sebelum memohon dengan bank yang sama semula. Walaubagaimanapun, pertimbangkan untuk memohon dengan bank lain yang sepadan dengan kedudukan kewangan anda. Semak dengan bank sedia ada anda dan jelaskan sebarang hutang yang tertunggak yang mungkin menghalang peluang anda.


Soalan Lazim Tentang Keahlian As-Sidq

Apa itu As-Sidq Friends?
Setiap pelanggan yang melanggan buletin kami akan menerima emel alu-aluan kami. Keahlian As-Sidq boleh diperoleh dengan dua cara iaitu melalui permohonan produk kewangan di platform As-Sidq ataupun melalui jemputan.
Sebagai rakan As-Sidq, anda akan menerima buletin kini kewangan, tawaran istimewa dan ganjaran hebat dari rakan gaya hidup kami. 

Apa itu As-Sidq VIP?
Sebagai ahli As-Sidq VIP, anda berpeluang menerima pelbagai keistimewaan antaranya seperti tawaran kewangan hebat, ganjaran hari jadi dan tawaran terbaik dari rakan kongsi kami yang hanya boleh dinikmati oleh ahli VIP.

Bagaimanakah cara anda boleh menjadi Ahli VIP?
Pelanggan perlu memohon dan lengkapkan permohonan produk kewangan melalui platform As-Sidq. Anda akan menerima emel pengesahan dan panduan untuk mencipta kata laluan dan log masuk ke profil keahlian. Mudah sahaja.

Adakah anda perlu membayar Yuran Keahlian untuk menjadi ahli?
Tidak, keahlian adalah PERCUMA. Untuk mengetahui cara menjadi Ahli As-Sidq, sila rujuk langkah di atas.

Apakah kelebihan yang anda akan terima sebagai Ahli As-Sidq?
Sebagai sebahagian daripada Keluarga As-Sidq, ahli berpeluang untuk menikmati tawaran istimewa seperti tawaran istimewa kewangan dan ganjaran hebat dari rakan gaya hidup kami. Tawaran-tawaran kami tidak hanya terikat kepada makanan dan minuman, malah termasuk juga tawaran hebat Hiburan, Pakej Pelancongan, Diskaun Tiket Penerbangan, Baucar dan macam-macam lagi! Walaubagaimanapun, ahli VIP As-Sidq dapat menikmati lebih banyak keistimewaan berbanding Rakan As-Sidq.

Apakah kriteria untuk menjadi Ahli VIP As-Sidq?
Jika anda berumur 21 tahun ke atas, berwarganegara Malaysia atau Penduduk tetap dan mempunyai pendapatan tetap. Anda di alu-alukan menjadi ahli As-Sidq. Walaubagaimanapun, ahli perlu terlebih dahulu memohon produk kewangan melalui As-Sidq.

Bagaimanakah cara untuk menebus ganjaran yang ditawarkan?
Anda akan menerima emel/SMS yang menyatakan anda layak menerima ganjaran yang ditawarkan. Langkah-langkah untuk menebus akan dijelaskan di dalam emel/SMS tersebut. Cara tebusan setiap ganjaran adalah berbeza.

Adakah anda perlu mendaftar dengan rakan kongsi As-Sidq untuk menikmati tawaran?
Tidak, anda tidak perlu mendaftar dengan rakan kongsi kami. Untuk menikmati tawaran yang ditawarkan, anda hanya perlu menjadi Rakan As-Sidq atau menjadi Ahli VIP As-Sidq sahaja.

Adakah keahlian As-Sidq mempunyai sebarang tarikh luput?
Tidak ada tarikh luput keahlian, namun ahli perlu memohon sekurang-kurangnya 1 produk kewangan dalam setahun setelah menjadi ahli.

Bagaimana untuk menamatkan keahlian?
Ahli hanya perlu emel ke
hello@assidq.com


Soalan Lazim Tentang Perbankan dan Kewangan Islam

Apakah itu Perbankan Islam?
Perbankan Islam merujuk kepada sistem perbankan yang mematuhi undang-undang Islam yang juga dikenali sebagai undang-undang Syariah. Prinsip-prinsip asas yang mentadbir perbankan Islam ialah perkongsian untung dan risiko antara pihak-pihak yang berurus niaga, jaminan keadilan untuk semua dan urus niaga berdasarkan aktiviti perniagaan atau berasaskan aset.

Prinsip-prinsip ini disokong oleh nilai-nilai teras perbankan Islam yang menggalakkan aktiviti yang memupuk keusahawanan, perdagangan dan membawa kepada pembangunan kemasyarakatan atau manfaat. Kegiatan yang melibatkan faedah (riba), perjudian (maisir) dan urus niaga spekulatif (gharar) adalah dilarang.

Melalui penggunaan pelbagai konsep kewangan Islam seperti ijarah (sewaan), mudharabah (perkongsian keuntungan), musyarakah (perkongsian), institusi perbankan mempunyai fleksibiliti, kreativiti dan pilihan dalam penghasilan produk kewangan Islam. Tambahan pula, dengan menekankan keperluan untuk urus niaga yang disokong oleh kegiatan perdagangan atau perniagaan sebenar, perniagaan perbankan Islam menetapkan piawaian yang lebih tinggi untuk pelaburan serta menggalakkan kebertanggungjawaban dan penghindaran risiko.

Apakah perbezaan antara perbankan Islam dengan konvensional?
Perbezaan utama di antara perbankan Islam dan perbankan konvensional ialah perbankan Islam mesti berlandaskan Syariah. Perbankan Islam juga mesti mengelakkan aktiviti seperti riba’, gharar (ketidakpastian yang berlebihan), perjudian dan penipuan. Sebagai contoh, di dalam kes pembiayaan,sebagai ganti kepada caj faedah yang dikenakan ke atas pembiayaan yang diberikan, institusi perbankan Islam sebaliknya menyediakan pembiayaan berdasarkan kontrak musyarakah atau perkongsian untung dan rugi.

Adakah perbankan Islam hanya untuk orang Islam sahaja?
Tidak. Perbankan Islam adalah untuk semua individu tanpa mengira kepercayaan agama mereka

Apa konsep-konsep Syariah yang ada dalam kewangan Islamik?
Produk, perkhidmatan dan kemudahan kewangan yang ditawarkan oleh bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) adalah berlandaskan konsep Syariah dan menepati kehendak Islam yang melarang sebarang aktiviti riba.


Soalan Lazim Am Tentang Pembiayaan Peribadi-i

Konsep Pembiayaan Peribadi Pembiayaan peribadi adalah pelan pembiayaan peribadi yang ditawarkan oleh institusi kewangan seperti Bank yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, atau syarikat Pemberi Pinjaman Berlesen (PPW) yang mematuhi Akta Pemberi Pinjam Wang (1951).

Secara mudah, pembiayaan peribadi adalah pinjaman dalam jangka masa pendek (short-term) dengan tempoh pembiayaan yang lebih singkat berbanding pinjaman jangka masa panjang seperti pinjaman perumahan. Selalunya tempoh pembiayaan untuk pelan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh institusi kewangan di Malaysia tidak lebih dari 10 tahun. Ini berbeza dengan tempoh pembiayaan pinjaman jangka masa panjang yang boleh mencecah 20, 30 atau 50 tahun. Pinjaman peribadi boleh digunakan untuk sebarang tujuan yang anda ingini. Contohnya anda boleh gunakan pembiayaan peribadi untuk membaiki rumah, pergi melancong, perbelanjaan harian, melangsaikan hutang, dan sebagainya.

Bagaimanakah Pembiayaan Peribadi Islamik berfungsi?
Pembiayaan peribadi Islamik adalah konsep pembiayaan peribadi patuh Syariah yang diperkenalkan oleh Institusi kewangan Islamik di Malaysia. Pinjaman peribadi Islamik menggunakan konsep pembiayaan tanpa faedah untuk mengelakkan Riba di dalam transaksi.

Konsep Shariah yang digunakan oleh semua rakan kewangan Assidq.com adalah prinsip Shariah Murabahah melalui Tawarruq untuk pembiayaan peribadi. Secara definisinya, Murabahah adalah sejenis jualan di mana komoditi tersebut akan dijual dengan tunai atau pada harga tertunda. Tawarruq pula merujuk kepada pembelian aset dengan harga tertunda, kemudian menjualnya kepada pihak ketiga untuk mendapatkan wang tunai. Bank-bank Islamik kemudiannya akan mengenakan caj kepada pelanggan yang dikenali sebagai ‘kadar keuntungan’ (pada asasnya kadar faedah) untuk kemudahan pembiayaan peribadi. Ini adalah kerana kadar faedah adalah tidak dibenarkan dalam perbankan Islamik. Perbankan Islamik menggunakan terma kadar keuntungan jangka panjang dan bukannya kadar faedah kerana cara pembiayaannya distruktur. Oleh itu, tidak seperti pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh bank konvensional yang mempunyai kadar faedah, bank Islamik akan menawarkan pembiayaan peribadi dengan kadar keuntungan yang akan ditentukan dalam kontrak pembiayaan peribadi.

Apakah perbezaan diantara pembiayaan peribadi Islamik dengan pinjaman peribadi konvensional? Pembiayaan peribadi berbeza dengan pinjaman peribadi kerana dalam pembiayaan peribadi terdapat aqad. Antara prinsip yang digunakan ialah prinsip jual beli, sewaan atau perkongsian. Manakala pinjaman peribadi pula melibatkan proses pinjam meminjam yang menggunakan prinsip qard al-hasan. Oleh yang demikian, hukum pembiayaan adalah diharuskan di sisi Islam selagi ia tidak terdapatnya riba dalam urusan transaksi tersebut. 

Perbezaan dari perspektif urus tadbir dan operasi

Perbezaan dari perspektif produk

Bagaimanakah saya boleh mengenali pinjaman Islamik?
Pembiayaan peribadi Islamik atau pinjaman Islamik boleh dikenali dengan mudah berdasarkan nama pinjaman tersebut. Semua pinjaman yang berakhir dengan huruf ‘i’ dianggap sebagai pinjaman Islamik walaupun tanpa perkataan itu sendiri. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kes bank Islamik yang mungkin tidak mempunyai huruf ‘i’ pada produk pinjaman, kerana ianya difahami bahawa institusi Islamik akan menyediakan produk pembiayaan yang patuh kepada undang-undang syariah dalam apa jua keadaan. 

Apakah faedah pembiayaan peribadi Islamik? Caj pembayaran lewat adalah lebih rendah daripada apa yang dikenakan oleh pinjaman konvensional. Ini adalah kerana kadar faedah kompaun adalah dilarang oleh Syariah, sebab itulah caj pembayaran lewat akan menjadi lebih rendah. Caj pembayaran lambat untuk perbankan Islamik di Malaysia adalah berdasarkan konsep Ta’widh, dan tertakluk kepada kadar maksimum 1% setahun. Manfaat lain ialah amaun untuk pembayaran balik pelanggan adalah tetap untuk keseluruhan tempoh pada permulaan pembiayaan. Ini bermakna ianya tidak akan meningkat walaupun terma pembiayaan kemudiannya meningkat.

Bolehkah seorang bukan Islam memohon untuk pembiayaan peribadi Islamik? Ya, kedua-dua Muslim dan bukan Muslim boleh menggunakan manfaat dan ciri-ciri produk dan perkhidmatan perbankan Islam.  

Apakah Pinjaman Bercagar? Pinjaman bercagar adalah pembiayaan di mana peminjam menawarkan aset mereka cagaran untuk pinjaman tersebut. Contoh aset adalah seperti kereta, rumah atau tanah.

Sekiranya peminjam gagal  untuk membayar kembali pinjaman mereka seperti yang dipersetujui di dalam perjanjian, institusi kewangan boleh menyita aset yang dicagarkan untuk melangsaikan bayaran pinjaman yang tertunggak. Selain aset, pinjaman yang memerlukan jaminan penjamin juga boleh digolongkan di dalam kategori pinjaman bercagar. Cagaran yang digunakan pada pinjaman ini adalah penjamin; di mana penjamin perlu menyelesaikan bayaran pinjaman yang tertunggak sekiranya peminjam gagal untuk membuat bayaran seperti yang dipersetujui dalam perjanjian dengan institusi kewangan yang memberi pinjaman.

Apakah Pinjaman Tak Bercagar?
Berbeza dengan pinjaman bercagar, anda tidak perlu mengemukakan sebarang penjamin atau cagaran untuk memohon pinjaman ini. Institusi kewangan seperti Bank, Koperasi atau Pemberi Pinjaman Berlesen (PPW) hanya menyemak kredibiliti pemohon dalam menentukan sama ada akan meluluskan permohonan atau tidak.

Kredibiliti di sini merangkumi latar belakang pemohon, rekod kredit, jenis pekerjaan, dan sebagainya. Dalam erti kata lain, lebih tinggi risiko yang perlu ditanggung oleh institusi kewangan berdasarkan kredibiliti pemohon, lebih rendah peluang lulus untuk permohonan tersebut. Untuk pinjaman peribadi tak bercagar, jika peminjam gagal membayar semula pinjaman seperti yang telah dipersetujui, institusi kewangan boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap peminjam. Dalam sesetengah kes, berdasarkan keputusan mahkamah, institusi kewangan boleh mengambil alih dan menjual aset peminjam untuk menyelesaikan bayaran yang tertunggak.

Apakah kadar rata dan kadar terapung?
Kadar faedah tetap atau kadar faedah rata adalah jumlah atau nilai faedah yang tidak akan berubah sepanjang tempoh pinjaman anda.

Kadar faedah tetap atau kadar faedah rata memudahkan peminjam membuat perancangan atau bajet untuk bayaran semula terhadap pembiayaan peribadi mereka. Kadar faedah terapung pula adalah kadar faedah yang boleh berubah sepanjang tempoh pembiayaan peribadi tersebut. Nilai kadar faedah terapung akan ditentukan oleh institusi kewangan yang memberikan pinjaman. Kadar ini selalunya dikira berdasarkan Base Lending Rate (BLR) atau Overnight Policy Rate (OPR).

Apakah yang dimaksudkan dengan Penyatuan Hutang (Debt Consolidation)?
Istilah penyatuan hutang atau debt consolidation merujuk kepada jenis pembiayaan peribadi yang boleh menghimpunkan pinjaman sedia ada kepada satu pembiayaan baru.

Penyatuan hutang selalunya dilakukan apabila seseorang individu mempunyai lebih dari satu pinjaman peribadi seperti kad kredit atau pembiayaan peribadi dan ingin menyatukan kedua-dua hutang tersebut ke dalam satu pinjaman sahaja. Pembiayaan peribadi yang membenarkan penyatuan hutang selalunya mempunyai kadar faedah/keuntungan yang rendah dengan tempoh pembiayaan yang lama.

Apakah yang dimaksudkan dengan Pinjaman Bertindih (Overlapping Facility)?
Istilah pinjaman bertindih atau overlapping facility merujuk kepada permohonan pembiayaan baru ke atas pembiayaan yang sedia ada dengan institusi kewangan yang sama.

Pinjaman overlap selalunya ditawarkan oleh institusi kewangan seperti Bank kepada pelanggan mereka, iaitu individu yang mempunyai pembiayaan aktif dengan institusi kewangan terbabit. Overlapping facility selalunya dilakukan apabila pelan pembiayaan baru yang ditawarkan oleh institusi kewangan tersebut mempunyai kadar faedah/keuntungan yang lebih rendah atau tempoh pembiayaan yang lebih panjang berbanding pinjaman yang sedia ada.

Apakah perbezaan antara Penyatuan Hutang dan Pinjaman Bertindih?
Pinjaman bertindih hanya boleh dilakukan terhadap institusi kewangan yang sama (anda ada pembiayaan yang aktif) manakala Pinjaman Penyatuan Hutang boleh dilakukan terhadap sebarang institusi kewangan yang menawarkan fungsi tersebut (debt consolidation).

Walau bagaimanapun, terdapat institusi kewangan yang menawarkan pinjaman bertindih, dan dalam masa yang sama boleh melakukan penyatuan hutang melalui pinjaman bertindih tersebut.

Apakah caj dan fi yang dikenakan untuk Pembiayaan Peribadi-i?
Caj atau fi yang dikenakan untuk pembiayaan peribadi adalah berbeza mengikut pelan pinjaman yang ditawarkan. Secara ringkas, berikut ialah caj-caj yang selalu dikenakan di Malaysia:

  • Caj setem duti 
    Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan yang menawarkan skim pembiayaan peribadi di Malaysia akan mengenakan caj setem duti sekiranya pinjaman yang dimohon diluluskan. Caj setem duti yang dikenakan ialah 0.5% dari jumlah pinjaman yang lulus dan akan ditolak dari pinjaman tersebut sebelum duit pinjaman dimasukkan ke akaun anda. Walau bagaimanapun, ada pelan pinjaman peribadi yang tidak mengenakan caj setem duti sekiranya pinjaman lulus. 
  • Caj proses/pemprosesan 
    Caj proses dikenakan sekira pinjaman yang dimohon diluluskan. Caj proses adalah bergantung kepada jenis pinjaman dan dikira sebagai peratusan daripada jumlah pinjaman yang lulus. Caj proses akan ditolak daripada pinjaman yang lulus. 
  • Caj lewat bayar 
    Caj ini dikenakan sekiranya peminjam gagal buat pembayaran mengikut tempoh seperti yang telah dipersetujui pada syarat pinjaman. Jumlah caj lewat bayar selalunya adalah 1% daripada jumlah tertunggak atau baki pinjaman. Ada juga institusi kewangan yang mengenakan caj lewat bayar dengan nilai tetap. 
  • Caj penamatan awal 
    Caj penamatan awal selalunya digunakan untuk pinjaman konvensional. Caj ini dikenakan sekiranya peminjam berhasrat untuk menyelesaikan baki pinjaman lebih awal dari tempoh pembiayaan yang telah dipersetujui dalam perjanjian pinjaman. Jumlah yang dikenakan untuk caj ini dikira berdasarkan peratusan dari baki pinjaman, atau dari jumlah penuh pinjaman. Pinjaman peribadi Islamik pula tidak mengenakan sebarang caj penamatan awal. Malah, ada institusi kewangan Islam yang memberikan rebat atau diskaun sekiranya pemohon menyelesaikan pinjaman mereka lebih awal dari tempoh yang dipersetujui. 
  • Perlindungan insurans Takaful 
    Kebanyakan pinjaman peribadi Islamik menawarkan perlindungan Insurans Takaful sekiranya pinjaman yang dimohon lulus – ada yang wajib ambil dan ada yang memberikan perlindungan ini sebagai pilihan. 
  • Caj yuran Biro Perkhidmatan Angkasa 
    Ini adalah caj yang dikenakan sekiranya institusi kewangan yang memberi pinjaman menggunakan khidmat Biro Perkhidmatan Angkasa untuk bayaran bulanan pinjaman anda. Caj-caj lain adalah tertakluk kepada institusi kewangan terbabit. Untuk maklumat lanjut tentang caj yang dikenakan, anda boleh rujuk pada laman pinjaman peribadi tersebut.

Soalan Lazim Tentang Kad Kredit-i

Apa it Kad Kredit-i?
Kad kredit Islamik yang ditawarkan oleh institusi kewangan adalah kad kredit yang patuh Syariah dan bebas riba.

Walaupun ciri-ciri kad kredit ini tidak banyak perbezaan dengan kad kredit konvensional dari segi syarat kelayakan, caj, yuran dan ciri-ciri lain – faktor utama yang membezakan kad kredit ini ialah anda hanya boleh menggunakan kad kredit ini untuk transaksi yang halal. Oleh itu, transaksi seperti arak dan makanan tidak halal tidak dibenarkan.

Kategori Kad Kredit Islamik Yang Berbeza Di Malaysia
Terdapat pelbagai jenis kad kredit yang masing-masing mempunyai keistimewaan dan fungsinya yang berbeza. Berikut adalah kategori utama kad kredit di Malaysia yang boleh anda pertimbangkan:

  • Mata Ganjaran
    Kad ini memberi anda mata ganjaran ke atas pembelian yang dibuat menggunakan kad kredit anda. Mata ganjaran ini boleh ditebus dengan hadiah, baucar serta barangan lain seperti yang ditunjukkan di dalam katalog ganjaran penerbit kad.
  • Pulangan Tunai
    Kad ini memberikan anda rebat tunai setiap kali anda menggunakan kad kredit anda untuk membuat pembayaran di kedai-kedai yang ditetapkan.
  • Mata Ganjaran Perjalanan
    Kad ini memberikan anda mata ganjaran perjalanan untuk pembelian terpilih. Mata ganjaran ini boleh ditebus untuk keistimewaan yang berkaitan dengan perjalanan, seperti tiket penerbangan dan naik taraf tempat duduk dengan syarikat penerbangan yang terlibat.
  • Premium
    Kad ini menawarkan keistimewaan yang memberi tumpuan kepada produk yang berharga tinggi dan perkhidmatan mewah, seperti golf, restoran terpilih dan kelab eksklusif.

Apakah pembayaran balik minima bulanan untuk Kad Kredit-i?
Di Malaysia, pemegang kad pada kebiasaannya diwajibkan untuk membuat bayaran minimum sebanyak 5% ke atas bil-bil kad kredit (atau minimum RM50) pada tarikh yang ditetapkan setiap bulan. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan penalti yang bersamaan dengan 1% daripada jumlah yang belum dibayar pada bil kad kredit anda (atau minimum RM10).

Adakah had kredit untuk Kad Kredit Islamik?
Di Malaysia, mana-mana individu dengan pendapatan sebanyak RM36,000 setahun atau kebawah akan dikenakan had kredit maksima sebanyak dua kali ganda daripada pendapatan bulanan beliau. Sebagai contoh: jika pendapatan bulanan anda adalah RM2,000, had kredit maksimum anda adalah 2 × RM2,000 = RM4,000. Had kredit untuk mereka yang berpendapatan melebihi RM36,000 akan ditetapkan oleh pengeluar kad.

Apakah Jumlah Kad Kredit Yang Boleh Anda Miliki Di Malaysia
Di Malaysia, anda layak memiliki seberapa banyak kad kredit yang anda perlu, namum hanya daripada dua (2) pengeluar kad sahaja dengan pendapatan tahunan anda sebanyak RM36,000 dan kebawah. Had pada bilangan kad kredit dan pengeluar kad tidak wujud jika pendapatan tahunan anda melebihi RM36,000. Walau bagaimanapun sila ambil perhatian terhadap cukai perkhidmatan sebanyak RM50 yang dikenakan setiap tahun bagi setiap kad utama anda, manakala cukai perkhidmatan sebanyak RM25 setahun dikenakan untuk setiap kad tambahan anda.