PEMBIAYAAN PERIBADI-i SEKTOR AWAM

Dapatkan tawaran kewangan patuh syariah yang terbaik dari rakan perbankan dan kewangan kami, berdasarkan keperluan dan kelayakan anda.

Assidq.com adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang di keluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT). 

Assidq.com TIDAK mengeluarkan sebarang produk kewangan atau mengenakan yuran tambahan untuk memohon produk-produk kewangan yang dipamerkan di laman ini.


PERINGATAN: Tawaran kewangan dari rakan istitusi kewangan kami dibawah, berdasarkan keperluan dan kelayakan anda. Kadar keuntungan pembiayaan peribadi mungkin bergantung kepada taraf risiko individu atau kriteria lain.

Pembiayaan Peribadi-i Bank Islam

  • Jumlah pembiayaan: RM10,000 - RM300,000 
  • Kadar keuntungan: 4.5% - 5.5% setahun 
  • Tempoh: 1 - 10 tahun 
  • Tiada caj tersembunyi dan tanpa bayaran pemprosesan
  • Penjawat am termasuk polis dan tentera
Semak Kelayakan

Pembiayaan Peribadi-i KOWAJA

  • Jumlah pembiayaan: RM3,000 - RM100,000 
  • Kadar keuntungan: 6.99% - 13.8% setahun 
  • Tempoh: 1 - 10 tahun 
  • Pembayaran (Payout) tinggi sehingga 90%
  • Kakitangan Kerajaan dan GLC terpilih, termasuk polis dan tentera

Juara Partners Pembiayaan Peribadi-i

  • Jumlah pembiayaan: RM3,000 - RM250,000 
  • Kadar keuntungan: 5.49% - 13% setahun 
  • Tempoh: 1 - 7 tahun 
  • Kakitangan Kerajaan dan GLC terpilih, termasuk polis dan tentera
  • Tiada kos tersembunyi atau caj untuk penyelesaian awal

Koperasi Ukhwah Cash-i

  • Jumlah pembiayaan: sehingga RM200,000
  • Kadar keuntungan: 4.35% - 4.99% setahun
  • Tempoh: 1 - 10 tahun
  • Kakitangan Kerajaan dan GLC terpilih sahaja
  • Pembiayaan Bertindih (Overlap) dan Penyelesaian Akaun Disenarai Hitam (Blacklist) dibenarkan

Kobeta Speed-i

  • Jumlah pembiayaan: sehingga RM250,000 
  • Kadar keuntungan: 5.99% setahun 
  • Tempoh: 10 tahun sahaja
  • Tidak ambil kira komitmen luar, CCRIS atau pinjaman LPPSA
  • Kakitangan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan GLC terpilih sahaja

KoPutri Pembiayaan Tawarruq

  • Jumlah pembiayaan: sehingga RM100,000
  • Kadar keuntungan: 5.90% setahun
  • Tempoh: 1 - 10 tahun
  • Kakitangan kerajaan dan Badan Berkanun Polis Diraja Malaysia
  • Pembayaran (Payout) tinggi sehingga 92%

SOALAN LAZIM - PEMBIAYAAN PERIBADI SEKTOR AWAM

Apakah itu pembiayaan peribadi kerajaan/Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)?
Pembiayaan peribadi kerajaan/GLC adalah pinjaman tanpa jaminan disediakan khas untuk pekerja kerajaan atau pekerja dalam sektor awam. Pembiayaan peribadi kerajaan/GLC tidak disediakan oleh kerajaan kerana mereka bukan institusi kewangan. Ia disediakan oleh bank-bank yang mempunyai bidang kuasa untuk memberi pembiayaan kepada orang ramai.

Apakah ciri-ciri dan manfaat pinjaman peribadi kerajaan/GLC?

  • Anda boleh mendapatkan pilihan pembiayaan yang berpatutan
  • Anda boleh memilih antara kadar faedah tetap atau kadar faedah terapung
  • Anda tidak memerlukan penjamin
  • Pembayaran bulanan akan ditolak secara automatik daripada gaji anda
  • Anda boleh mendapat tempoh pinjaman maksimum 10 tahun

Bagaimana kadar faedah dikira untuk pinjaman peribadi kerajaan/GLC?
Kadar faedah dikira berdasarkan jenis kadar faedah yang telah anda pilih. Bank membenarkan anda untuk memilih di antara kadar faedah tetap atau kadar faedah terapung. Kadar faedah tetap tidak akan berubah sepanjang tempoh pinjaman manakala kadar faedah terapung akan berubah bergantung kepada kadar asas bank (BR).

Bagaimana boleh saya membuat pembayaran bulanan untuk pinjaman peribadi kerajaan/GLC?
Terdapat beberapa skim pinjaman peribadi yang ditawarkan khusus kepada kakitangan kerajaan di mana bayaran balik dilakukan melalui secara potongan gaji melalui arahan tetap (standing instruction/order), potongan gaji majikan (PGM) atau Skim Potongan Gaji Angkasa (SPGA).

Apa kriteria am untuk pinjaman peribadi kerajaan/GLC?

  • Anda mestilah warganegara Malaysia atau pemastautin tetap.
  • Anda perlu berumur 18 sehingga 60 tahun sewaktu kematangan pinjaman.
  • Anda perlu mempunyai pendapatan kasar bulanan minimum RM1,500.
  • Anda merupakan seorang pekerja GLC atau pekerja sektor awam.
  • Anda perlu bekerja sekurang-kurangnya 3 bulan.

Bank yang berbeza mungkin menggariskan keperluan yang berbeza, jadi pastikan anda semak dengan peminjam anda.

Dokumen apa yang saya perlukan untuk memohon pinjaman peribadi kerajaan/GLC?

  • Salinan kad pengenalan
  • Slip gaji 3 bulan terkini
  • Penyata KWSP terkini
  • Surat pengesahan majikan

Walau bagaimanapun, sila semak dengan bank anda mengenai dokumen apa yang anda perlukan, kerana sesetengah bank mungkin memerlukan lebih banyak dokumen daripada yang dinyatakan di atas.

Bagaimana boleh saya memohon pinjaman peribadi kerajaan/GLC?
Di Assidq.com, tekan butang mohon dan isi
butir-butir peribadi serta maklumat pendapatan dan pekerjaan anda. Berdasarkan keperluan dan kelayakan anda, kami akan memaparkan produk pembiayaan yang sesuai. Anda boleh memilih satu atau lebih produk untuk mohon. Untuk melengkapkan langkah permohonan, anda akan diminta mengesahkan nombor telefon dan identiti anda.

Berapa lamakah proses permohonan pinjaman peribadi kerajaan/GLC?
Setiap bank mempunyai waktu pemprosesan berbeza untuk meluluskan permohonan anda. Biasanya ia akan mengambil satu jam sehingga 5 hari bekerja untuk mendapatkan kelulusan daripada bank. Apabila permohonan anda telah diluluskan, pinjaman akan diberikan kepada anda sehari selepas kelulusan. Untuk membantu mempercepatkan waktu pemprosesan, pastikan anda menghantar kesemua dokumen yang berkaitan dengan butiran yang betul.

Konsep Shariah dan Produk-Produk Kewangan Islamik

perbankan-islam

Produk, perkhidmatan dan kemudahan kewangan yang ditawarkan oleh rakan institusi kami adalah berlandaskan konsep Syariah dan menepati kehendak Islam yang melarang sebarang aktiviti riba. Produk dan pembiayaan kewangan adalah berlandaskan beberapa konsep Syariah. 

Baca Lebih Lanjut