PEMBIAYAAN PERIBADI-i KOPERASI KREDIT

Dapatkan tawaran kewangan patuh syariah yang terbaik dari rakan perbankan dan kewangan kami, berdasarkan keperluan dan kelayakan anda.

Assidq.com adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang di keluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT). 

Assidq.com TIDAK mengeluarkan sebarang produk kewangan atau mengenakan yuran tambahan untuk memohon produk-produk kewangan yang dipamerkan di laman ini.


PERINGATAN: Tawaran kewangan dari rakan istitusi kewangan kami dibawah, berdasarkan keperluan dan kelayakan anda. Kadar keuntungan pembiayaan peribadi mungkin bergantung kepada taraf risiko individu atau kriteria lain.

Pembiayaan Peribadi-i KOWAJA

  • Jumlah pembiayaan: RM3,000 - RM100,000 
  • Kadar keuntungan: 6.99% - 13.8% setahun 
  • Tempoh: 1 - 10 tahun 
  • Pembayaran (Payout) tinggi sehingga 90%
  • Kakitangan Kerajaan dan GLC terpilih, termasuk polis dan tentera
Semak Kelayakan

Koperasi Ukhwah Cash-i

  • Jumlah pembiayaan: sehingga RM200,000
  • Kadar keuntungan: 4.35% - 4.99% setahun
  • Tempoh: 1 - 10 tahun
  • Kakitangan Kerajaan dan GLC terpilih sahaja
  • Pembiayaan Bertindih (Overlap) dan Penyelesaian Akaun Disenarai Hitam (Blacklist) dibenarkan

Kobeta Speed-i

  • Jumlah pembiayaan: sehingga RM250,000 
  • Kadar keuntungan: 5.99% setahun 
  • Tempoh: 10 tahun sahaja
  • Tidak ambil kira komitmen luar, CCRIS atau pinjaman LPPSA
  • Kakitangan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan GLC terpilih sahaja

KoPutri Pembiayaan Tawarruq

  • Jumlah pembiayaan: sehingga RM100,000
  • Kadar keuntungan: 5.90% setahun
  • Tempoh: 1 - 10 tahun
  • Kakitangan kerajaan dan Badan Berkanun Polis Diraja Malaysia
  • Pembayaran (Payout) tinggi sehingga 92%

Soalan Lazim Permohonan

Bagaimana anda boleh memohon produk ini?
Klik butang "Mulakan Padanan Produk Disini" dan masukkan butiran peribadi yang diperlukan.
Tawaran produk kewangan dari rakan institusi kewangan kami akan dipaparkan berdasarkan kelayakan anda. Klik "Mohon" atas produk yang anda ingin memohon.

Berapa lamakah tempoh pemprosesan permohonan?
Apabila permohonan awal lengkap telah dilakukan dilaman Assidq.com, kami akan melakukan pemeriksaan untuk tujuan mencegah penipuan dan mengesahkan identiti anda. Pemeriksaan ini menghendaki kami memproses data peribadi yang telah anda berikan dan akan mengambil masa lebih kurang 24 jam bekerja.  

Setelah itu, permohonan anda akan dirujuk kepada rakan institusi untuk diproses. Secara am, rakan institusi akan memerlukan tempoh purata 7-10 hari bekerja (tidak termasuk Sabtu, Ahad, dan cuti umum) sebelum kelulusan atau pembayaran keluar dilakukan. Dalam masa ini, pihak bank/institusi kewangan akan menghubungi anda untuk mengumpul dokumen-dokumen yang diperlukan.

Bagaimana anda nak tahu permohonan anda lulus atau tidak?
Selalunya keputusan permohonan pembiayaan anda (lulus atau tidak) akan dimaklumkan oleh oleh pihak bank atau institusi kewangan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya anda masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, anda dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak bank atau institusi kewangan tersebut.

Bolehkah anda memohon sekiranya anda mempunyai rekod Rekod Kredit (CCRIS/CTOS/PTPTN) yang tidak baik?
Sukar untuk anda mohon sebarang pembiayaan/pinjaman sekiranya anda telah disenaraihitamkan (blacklist) di dalam laporan CTOS, atau mempunyai rekod tunggakan di dalam laporan CCRIS. Oleh kerana situasi anda membuatkan rekod kredit anda tak cantik, jadi rata-rata institusi kewangan tidak akan menanggung risiko anda tidak membuat pembayaran semula sekiranya mereka meluluskan pinjaman anda.

Anda perlu menyelesaikan bayaran tertunggak sebelum melakukan permohonan. Sebarang pinjaman tidak boleh ditawarkan kepada mereka yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA). Adalah dinasihatkan agar anda terus melakukan pembayaran balik pembiayaan mengikut masa untuk tempoh 3 - 6 bulan sebelum memohon semula.

Tetapi, terdapat sesetengah institusi kewangan yang membolehkan anda untuk memohon pinjaman walaupun anda mempunyai blacklist, atau rekod tunggakan. Walau bagaimanapun, anda akan dikenakan kadar faedah atau kadar keuntungan yang lebih tinggi berbanding pemohon dengan rekod kredit yang cantik. Anda perlu membaca dengan teliti syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh institusi kewangan terbabit sebelum mohon.

Bolehkah anda memohon sekiranya anda ada Potongan Gaji (Sistem Potongan Gaji ANGKASA, SPGA)?
Secara amnya, syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman anda lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji anda lebih 60%, tetapi rekod kredit dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) anda cantik – boleh cuba mohon.

Bolehkah anda memohon sekiranya anda dibawah Program Pengurusan Kredit AKPK?
Secara amnya, semua rakan kewangan Assidq.com tidak akan meluluskan permohonan daripada meraka yang dibawah yang berada di bawah pemantauan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Anda baru sahaja lulus pinjaman dari institusi kewangan yang lain, bolehkah anda mohon produk ini?
Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman dari institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, pembiayaan kenderaan, atau pembiayaan perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang 6 bulan sebelum anda mohon pinjaman lain untuk meningkatkan peluang lulus permohonan anda. Untuk menjaga skor kredit anda, anda dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Berapa jumlah pinjaman yang boleh anda mohon?
Walaupun, jumlah pembiayaan yang ditawarkan oleh bank atau institusi kewangan adalah tinggi, jumlah yang anda boleh pohon bergantung kepada pendapatan bulanan anda. Untuk pinjaman peribadi tak bercagar, secara am, bank hanya meluluskan jumlah pinjaman 8 hingga 12 kali ganda pendapatan bulanan anda. Sebagai contoh, gaji bulanan anda RM2,000, maka jumlah maksima yang boleh anda mohon dan diluluskan mungkin cuma dalam lingkungan RM16,000 hingga RM24,000. 

Walau bagaimanapun, ini bergantung kepada banyak faktor lain seperti skor pemarkahan, skor kredit, komitmen bulanan pemohon dan sebagainya. Setiap institusi kewangan mempunyai kiraan mereka sendiri untuk membuat keputusan berapa yang boleh mereka luluskan untuk permohonan anda. Mereka perlu mengambil kira risiko yang perlu mereka tanggung sekiranya pemohon tidak membuat pembayaran semula seperti telah dipersetujui. Risiko ini dikira melalui sistem pemarkahan yang dibangunkan oleh institusi kewangan tersebut. Lebih tinggi risiko, lebih rendah jumlah yang mereka berani luluskan.

Apakah yang dimaksudkan dengan Penyatuan Hutang (Debt Consolidation)? Istilah penyatuan hutang atau debt consolidation merujuk kepada jenis pembiayaan peribadi yang boleh menghimpunkan pinjaman sedia ada kepada satu pembiayaan baru.

Penyatuan hutang selalunya dilakukan apabila seseorang individu mempunyai lebih dari satu pinjaman peribadi seperti kad kredit atau pembiayaan peribadi dan ingin menyatukan kedua-dua hutang tersebut ke dalam satu pinjaman sahaja. Pembiayaan peribadi yang membenarkan penyatuan hutang selalunya mempunyai kadar faedah/keuntungan yang rendah dengan tempoh pembiayaan yang lama.

Apakah yang dimaksudkan dengan Pinjaman Bertindih (Overlapping Facility)?
Istilah pinjaman bertindih atau overlapping facility merujuk kepada permohonan pembiayaan baru ke atas pembiayaan yang sedia ada dengan institusi kewangan yang sama.

Pinjaman overlap selalunya ditawarkan oleh institusi kewangan seperti Bank kepada pelanggan mereka, iaitu individu yang mempunyai pembiayaan aktif dengan institusi kewangan terbabit. Overlapping facility selalunya dilakukan apabila pelan pembiayaan baru yang ditawarkan oleh institusi kewangan tersebut mempunyai kadar faedah/keuntungan yang lebih rendah atau tempoh pembiayaan yang lebih panjang berbanding pinjaman yang sedia ada.

Apakah perbezaan antara Penyatuan Hutang dan Pinjaman Bertindih?
Pinjaman bertindih hanya boleh dilakukan terhadap institusi kewangan yang sama (anda ada pembiayaan yang aktif) manakala Pinjaman Penyatuan Hutang boleh dilakukan terhadap sebarang institusi kewangan yang menawarkan fungsi tersebut (debt consolidation).

Walau bagaimanapun, terdapat institusi kewangan yang menawarkan pinjaman bertindih, dan dalam masa yang sama boleh melakukan penyatuan hutang melalui pinjaman bertindih tersebut.

Soalan Lazim Pembiayaan Peribadi

Konsep Pembiayaan Peribadi Pembiayaan peribadi adalah pelan pembiayaan peribadi yang ditawarkan oleh institusi kewangan seperti Bank yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, atau syarikat Pemberi Pinjaman Berlesen (PPW) yang mematuhi Akta Pemberi Pinjam Wang (1951).

Secara mudah, pembiayaan peribadi adalah pinjaman dalam jangka masa pendek (short-term) dengan tempoh pembiayaan yang lebih singkat berbanding pinjaman jangka masa panjang seperti pinjaman perumahan. Selalunya tempoh pembiayaan untuk pelan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh institusi kewangan di Malaysia tidak lebih dari 10 tahun. Ini berbeza dengan tempoh pembiayaan pinjaman jangka masa panjang yang boleh mencecah 20, 30 atau 50 tahun. Pinjaman peribadi boleh digunakan untuk sebarang tujuan yang anda ingini. Contohnya anda boleh gunakan pembiayaan peribadi untuk membaiki rumah, pergi melancong, perbelanjaan harian, melangsaikan hutang, dan sebagainya.

Bagaimanakah Pembiayaan Peribadi Islamik berfungsi?
Pembiayaan peribadi Islamik adalah konsep pembiayaan peribadi patuh Syariah yang diperkenalkan oleh Institusi kewangan Islamik di Malaysia. Pinjaman peribadi Islamik menggunakan konsep pembiayaan tanpa faedah untuk mengelakkan Riba di dalam transaksi.

Konsep Shariah yang digunakan oleh semua rakan kewangan Assidq.com adalah prinsip Shariah Murabahah melalui Tawarruq untuk pembiayaan peribadi. Secara definisinya, Murabahah adalah sejenis jualan di mana komoditi tersebut akan dijual dengan tunai atau pada harga tertunda. Tawarruq pula merujuk kepada pembelian aset dengan harga tertunda, kemudian menjualnya kepada pihak ketiga untuk mendapatkan wang tunai. Bank-bank Islamik kemudiannya akan mengenakan caj kepada pelanggan yang dikenali sebagai ‘kadar keuntungan’ (pada asasnya kadar faedah) untuk kemudahan pembiayaan peribadi. Ini adalah kerana kadar faedah adalah tidak dibenarkan dalam perbankan Islamik. Perbankan Islamik menggunakan terma kadar keuntungan jangka panjang dan bukannya kadar faedah kerana cara pembiayaannya distruktur. Oleh itu, tidak seperti pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh bank konvensional yang mempunyai kadar faedah, bank Islamik akan menawarkan pembiayaan peribadi dengan kadar keuntungan yang akan ditentukan dalam kontrak pembiayaan peribadi.

Apakah perbezaan diantara pembiayaan peribadi Islamik dengan pinjaman peribadi konvensional? Pembiayaan peribadi berbeza dengan pinjaman peribadi kerana dalam pembiayaan peribadi terdapat aqad. Antara prinsip yang digunakan ialah prinsip jual beli, sewaan atau perkongsian. Manakala pinjaman peribadi pula melibatkan proses pinjam meminjam yang menggunakan prinsip qard al-hasan. Oleh yang demikian, hukum pembiayaan adalah diharuskan di sisi Islam selagi ia tidak terdapatnya riba dalam urusan transaksi tersebut. 

Perbezaan dari perspektif urus tadbir dan operasi

Perbezaan dari perspektif produk

Bagaimanakah saya boleh mengenali pinjaman Islamik? Pembiayaan peribadi Islamik atau pinjaman Islamik boleh dikenali dengan mudah berdasarkan nama pinjaman tersebut. Semua pinjaman yang berakhir dengan huruf ‘i’ dianggap sebagai pinjaman Islamik walaupun tanpa perkataan itu sendiri. Sebagai contoh, Pembiayaan Peribadi Al-Rajhi-i. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kes bank Islamik yang mungkin tidak mempunyai huruf ‘i’ pada produk pinjaman, kerana ianya difahami bahawa institusi Islamik akan menyediakan produk pembiayaan yang patuh kepada undang-undang syariah dalam apa jua keadaan. 

Apakah faedah pembiayaan peribadi Islamik? Caj pembayaran lewat adalah lebih rendah daripada apa yang dikenakan oleh pinjaman konvensional. Ini adalah kerana kadar faedah kompaun adalah dilarang oleh Syariah, sebab itulah caj pembayaran lewat akan menjadi lebih rendah. Caj pembayaran lambat untuk perbankan Islamik di Malaysia adalah berdasarkan konsep Ta’widh, dan tertakluk kepada kadar maksimum 1% setahun. Manfaat lain ialah amaun untuk pembayaran balik pelanggan adalah tetap untuk keseluruhan tempoh pada permulaan pembiayaan. Ini bermakna ianya tidak akan meningkat walaupun terma pembiayaan kemudiannya meningkat.

Bolehkah seorang bukan Islam memohon untuk pembiayaan peribadi Islamik? Ya, kedua-dua Muslim dan bukan Muslim boleh menggunakan manfaat dan ciri-ciri produk dan perkhidmatan perbankan Islam.  


Konsep Shariah dan Produk-Produk Kewangan Islamik

perbankan-islam

Produk, perkhidmatan dan kemudahan kewangan yang ditawarkan oleh rakan institusi kami adalah berlandaskan konsep Syariah dan menepati kehendak Islam yang melarang sebarang aktiviti riba. Produk dan pembiayaan kewangan adalah berlandaskan beberapa konsep Syariah. 

Baca Lebih Lanjut