Koperasi KOWAJA Pembiayaan Peribadi-i

Tiada penjamin diperlukan dan ada rebat ke atas pembayaran awal

  • Amaun pembiayaan sehingga RM100,000
  • Kadar keuntungan tetap dari 6.99% - 13.8% setahun
  • Pembayaran (Payout) sehingga 90%
  • Pinjaman bertindih (overlap) dibenarkan
Mulakan Padanan Produk Disini

Assidq.com adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang di keluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT). 

Assidq.com TIDAK mengeluarkan sebarang produk kewangan atau mengenakan yuran tambahan untuk memohon produk-produk kewangan yang dipamerkan di laman ini.

Tawaran kewangan yang dipaparkan adalah berdasarkan keperluan dan kelayakan anda. Kelulusan dan kadar keuntungan pembiayaan peribadi mungkin bergantung pada tahap risiko individu atau kriteria lain yang ditentukan oleh rakan kewangan kami.


Ciri-ciri Produk

  • Jumlah Pembiayaan: RM3,000 - RM100,000
  • Tempoh Pembiayaan: 3 - 10 tahun
  • Kadar Keuntungan (Kadar Tetap): 6.99% - 13.8% setahun
  • Perlindungan Takaful: Ada
  • Penjamin: Tiada
  • Cagaran: Tiada
  • Deposit: Tiada
  • Caj lain akan dikemukakan dalam kontrak

Kelayakan

  • Warganegara: Malaysia sahaja
  • Syarat Umur: 19 - 55 tahun
  • Pendapatan Bulanan Minima: RM1,500 gaji kasar sebulan (termasuk elaun)
  • Pekerjaan: Kakitangan Kerajaan, berjawatan tetap atau kontrak (minima 1 tahun berkhidmat)
  • Potongan gaji tidak melebihi 60% daripada jumlah pendapatan dan elaun tetap (termasuk pembiayaan baru).
  • Pemohon yang mempunyai rekod ‘Blacklist’ ‘CTOS’ atau ‘CCRIS’ akan dipertimbangkan.
  • Pinjaman bertindih (overlap) dibenarkan.

Dokumen Yang Perlu Disediakan

  • Salinan Kad Pengenalan (3 salinan disahkan) 
  • Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini (3 salinan untuk setiap bulan disahkan) 
  • Surat pengesahan jawatan dari majikan “Letterhead”
  • Bil Utiliti (cth : bil air, elektrik, Astro disahkan)
  • Penyata penyelesaian (jika overlap mana-mana Bank / Koperasi) 

Kaedah Pembayaran

  • Potongan gaji melalui Biro Angkasa
  • Maklumat lanjut mengenai KOWAJA

Soalan Lazim Koperasi KOWAJA Pembiayaan Peribadi-i

Siapakah yang layak memohon Pembiayaan Peribadi KOWAJA? Terbuka kepada kakitangan kerajaan, badan berkanun dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang terpilih. Pemohon perlulah berusia 18 tahun sehingga 51 tahun. Pemohon yang berjawatan tetap perlulah berkhidmat melebihi 6 bulan dan yang kontrak perlulah berkhidmat melebihi 1 tahun.

Bagaimanakah cara pembayaran balik untuk pembiayaan ini? Pembayaran balik adalah melalui potongan Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA).

Adakah Syarikat Swasta layak memohon? Layak untuk kakitangan swasta terpilih di Semenanjung Malaysia sahaja. Berjawatan tetap, tempoh berkhidmat 4 tahun dan keatas, dan gaji minima RM 4,000 keatas. Potongan gaji melalui ‘Standing Instruction’ bank.

Bolehkah pembiayaan ini digunakan untuk menyelesaikan tunggakan dan tanggungan dari institusi kewangan yang lain? Boleh. Sila sertakan penyata baki semasa pemohon. Bagaimanapun ia tertakluk kepada jumlah potongan gaji yang baru, kadar potongan mestilah tidak melebihi had 60% yang ditetapkan.

Berapakah jumlah minimum dan maksimum pembiayaan? Pembiayaan minimum adalah RM 3,000.00, maksimum adalah RM 200,000.00 selagi potongan gaji bulanan tidak melebihi 60 peratus.

Apakah yang dimaksudkan dengan elaun-elaun tetap? Semua jenis elaun / imbuhan yang bersifat tetap walaupun pemohon bertukar unit atau bahagian. Sebagai contoh: elaun khidmat awam, elaun perumahan, dan lain-lain.

Apakah pemohon perlu membayar kesemua caj yang dikenakan sekiranya permohonan diluluskan? Tidak. Kesemua caj tersebut akan dipotong dari jumlah pembiayaan yang diluluskan.

Apakah yang dimaksudkan dengan peratus potongan? Jumlah potongan (termasuk pembiayaan ini) tidak melebihi 60 Peratus daripada gaji kasar, termasuk elaun-alaun tetap.

Adakah pemohon yang telah disenarai hitam (blacklist) layak memohon? Boleh. Permohonan akan pertimbangkan dan tertakluk kepada persetujuan pemohon untuk menyelesaikan akaun pinjaman yang telah disenaraihitamkan.

Bolehkah penyelesaian pembiayaan dibuat sebelum tempoh sebenar? Penyelesaian pembiayaan hanya boleh dibuat selepas 6 bulan dari tarikh pembiayaan.