• Kadar keuntungan tetap bermula dari 4.99% setahun
  • Nilai pembiayaan boleh mencecah sehingga RM150,000
  • Pembiayaan boleh digunakan untuk menggabungkan hutang kredit kad dan pinjaman peribadi lain
  • Tiada penjamin, deposit atau cagaran
Mulakan Padanan Produk Disini

Assidq.com adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang di keluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT). 

Assidq.com TIDAK mengeluarkan sebarang produk kewangan atau mengenakan yuran tambahan untuk memohon produk-produk kewangan yang dipamerkan di laman ini.

Tawaran kewangan yang dipaparkan adalah berdasarkan keperluan dan kelayakan anda. Kelulusan dan kadar keuntungan pembiayaan peribadi mungkin bergantung pada tahap risiko individu atau kriteria lain yang ditentukan oleh rakan kewangan kami.


Ciri-ciri Produk

  • Jumlah Pembiayaan: RM5,000 - RM150,000
  • Tempoh Pembiayaan: 1 - 7 tahun
  • Kadar Keuntungan (Kadar Tetap): 4.99% setahun untuk tempoh 1 - 2 tahun, 6.99% setahun untuk tempoh 3 - 4 tahun dan antara 8.38% - 14.78% setahun untuk tempoh lebih dari 4 tahun
  • Perlindungan Takaful: Secara pilihan
  • Penjamin: Tiada
  • Cagaran: Tiada
  • Deposit: Tiada
  • Yuran Pemprosesan: Tiada
  • Pembayaran Pendahuluan: Tiada
  • Duti Setem: 0.5% daripada jumlah pembiayaan
  • Caj Wakalah: Tiada
  • Bayaran Penyelesaian Awal: Tiada (akan diberikan rebat (Ibra’) oleh bank)
  • Caj Lewat Bayar: 1% daripada baki tunggakan

Kelayakan

  • Warganegara: Malaysia sahaja
  • Syarat Umur: Minima 18 tahun dan tidak melebihi usia persaraan pada akhir tempoh pembayaran
  • Pendapatan Bulanan Minima: RM2,000 gaji kasar sebulan
  • Pekerjaan: Pekerja tetap syarikat GLC atau syarikat sektor swasta terpilih

Dokumen Yang Perlu Disediakan

Pemohon bergaji tetap:

  • Salinan Kad Pengenalan MyKad (depan & belakang)
  • Salinan Penyata/E-Penyata Gaji 3 bulan terkini
  • Salinan Penyata Bank (dengan pengkreditan gaji) 3 bulan terkini
  • Salinan Surat Tawaran Kerja (jika diambil bekerja kurang daripada 3 bulan) ATAU Surat Pengesahan Jawatan
  • Salinan Borang Cukai Pendapatan terkini (Borang B/BE atau Borang EA / EC)
  • Salinan Penyata KWSP terkini

Pemohon berpendapatan tidak tetap:

  • Salinan Kad Pengenalan MyKad (depan & belakang)
  • Salinan Penyata/E-Penyata Gaji 3 bulan terkini; DAN/ATAU salinan penyata-penyata Komisen tahunan daripada majikan anda sekarang
  • Salinan Penyata Bank (dengan pengkreditan gaji dan komisen) 3 bulan terkini
  • Salinan Surat Tawaran Kerja (jika diambil bekerja kurang daripada 3 bulan) ATAU Surat Pengesahan Jawatan
  • Salinan Borang Cukai Pendapatan terkini (Borang B/BE atau Borang EA / EC) berserta resit-resit bayaran (jika ada)
  • Salinan Penyata KWSP terkini

Pemohon yang bekerja sendiri:

  • Salinan Kad Pengenalan MyKad (depan & belakang)
  • Salinan Borang Pendaftaran Perniagaan (SSM)
  • Salinan Borang Cukai Pendapatan terkini (Borang B) berserta resit-resit bayaran
  • Salinan Penyata KWSP terkini; ATAU
  • Salinan Penyata Kewangan yang telah diaudit (terkini) ATAU Akaun Keuntungan dan Kerugian

Soalan Lazim

Bagaimana anda boleh memohon produk ini?
Klik butang "Mulakan Padanan Produk Disini" dan masukkan butiran peribadi yang diperlukan.
Tawaran produk kewangan dari rakan institusi kewangan kami akan dipaparkan berdasarkan kelayakan anda. Klik "Mohon" atas produk yang anda ingin memohon.

Berapa lamakah tempoh pemprosesan permohonan?
Apabila permohonan awal lengkap telah dilakukan dilaman Assidq.com, kami akan melakukan pemeriksaan untuk tujuan mencegah penipuan dan mengesahkan identiti anda. Pemeriksaan ini menghendaki kami memproses data peribadi yang telah anda berikan dan akan mengambil masa lebih kurang 24 jam bekerja.  

Setelah itu, permohonan anda akan dirujuk kepada rakan institusi untuk diproses. Secara am, rakan institusi akan memerlukan tempoh purata 7-10 hari bekerja (tidak termasuk Sabtu, Ahad, dan cuti umum) sebelum kelulusan atau pembayaran keluar dilakukan. Dalam masa ini, pihak bank/institusi kewangan akan menghubungi anda untuk mengumpul dokumen-dokumen yang diperlukan.

Bagaimana anda nak tahu permohonan anda lulus atau tidak?
Selalunya keputusan permohonan pembiayaan anda (lulus atau tidak) akan dimaklumkan oleh oleh pihak bank atau institusi kewangan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya anda masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, anda dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak bank atau institusi kewangan tersebut.

Bolehkah anda memohon sekiranya anda mempunyai rekod Rekod Kredit (CCRIS/CTOS/PTPTN) yang tidak baik?
Sukar untuk anda mohon sebarang pembiayaan/pinjaman sekiranya anda telah disenaraihitamkan (blacklist) di dalam laporan CTOS, atau mempunyai rekod tunggakan di dalam laporan CCRIS. Oleh kerana situasi anda membuatkan rekod kredit anda tak cantik, jadi rata-rata institusi kewangan tidak akan menanggung risiko anda tidak membuat pembayaran semula sekiranya mereka meluluskan pinjaman anda.

Anda perlu menyelesaikan bayaran tertunggak sebelum melakukan permohonan. Sebarang pinjaman tidak boleh ditawarkan kepada mereka yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA). Adalah dinasihatkan agar anda terus melakukan pembayaran balik pembiayaan mengikut masa untuk tempoh 3 - 6 bulan sebelum memohon semula.

Tetapi, terdapat sesetengah institusi kewangan yang membolehkan anda untuk memohon pinjaman walaupun anda mempunyai blacklist, atau rekod tunggakan. Walau bagaimanapun, anda akan dikenakan kadar faedah atau kadar keuntungan yang lebih tinggi berbanding pemohon dengan rekod kredit yang cantik. Anda perlu membaca dengan teliti syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh institusi kewangan terbabit sebelum mohon.

Bolehkah anda memohon sekiranya anda ada Potongan Gaji (Sistem Potongan Gaji ANGKASA, SPGA)?
Secara amnya, syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman anda lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji anda lebih 60%, tetapi rekod kredit dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) anda cantik – boleh cuba mohon.

Bolehkah anda memohon sekiranya anda dibawah Program Pengurusan Kredit AKPK?
Secara amnya, semua rakan kewangan Assidq.com tidak akan meluluskan permohonan daripada meraka yang dibawah yang berada di bawah pemantauan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Anda baru sahaja lulus pinjaman dari institusi kewangan yang lain, bolehkah anda mohon produk ini?
Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman dari institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, pembiayaan kenderaan, atau pembiayaan perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang 6 bulan sebelum anda mohon pinjaman lain untuk meningkatkan peluang lulus permohonan anda. Untuk menjaga skor kredit anda, anda dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Berapa jumlah pinjaman yang boleh anda mohon?
Walaupun, jumlah pembiayaan yang ditawarkan oleh bank atau institusi kewangan adalah tinggi, jumlah yang anda boleh pohon bergantung kepada pendapatan bulanan anda. Untuk pinjaman peribadi tak bercagar, secara am, bank hanya meluluskan jumlah pinjaman 8 hingga 12 kali ganda pendapatan bulanan anda. Sebagai contoh, gaji bulanan anda RM2,000, maka jumlah maksima yang boleh anda mohon dan diluluskan mungkin cuma dalam lingkungan RM16,000 hingga RM24,000. 

Walau bagaimanapun, ini bergantung kepada banyak faktor lain seperti skor pemarkahan, skor kredit, komitmen bulanan pemohon dan sebagainya. Setiap institusi kewangan mempunyai kiraan mereka sendiri untuk membuat keputusan berapa yang boleh mereka luluskan untuk permohonan anda. Mereka perlu mengambil kira risiko yang perlu mereka tanggung sekiranya pemohon tidak membuat pembayaran semula seperti telah dipersetujui. Risiko ini dikira melalui sistem pemarkahan yang dibangunkan oleh institusi kewangan tersebut. Lebih tinggi risiko, lebih rendah jumlah yang mereka berani luluskan.

Apakah yang dimaksudkan dengan Penyatuan Hutang (Debt Consolidation)? Istilah penyatuan hutang atau debt consolidation merujuk kepada jenis pembiayaan peribadi yang boleh menghimpunkan pinjaman sedia ada kepada satu pembiayaan baru.

Penyatuan hutang selalunya dilakukan apabila seseorang individu mempunyai lebih dari satu pinjaman peribadi seperti kad kredit atau pembiayaan peribadi dan ingin menyatukan kedua-dua hutang tersebut ke dalam satu pinjaman sahaja. Pembiayaan peribadi yang membenarkan penyatuan hutang selalunya mempunyai kadar faedah/keuntungan yang rendah dengan tempoh pembiayaan yang lama.

Apakah yang dimaksudkan dengan Pinjaman Bertindih (Overlapping Facility)?
Istilah pinjaman bertindih atau overlapping facility merujuk kepada permohonan pembiayaan baru ke atas pembiayaan yang sedia ada dengan institusi kewangan yang sama.

Pinjaman overlap selalunya ditawarkan oleh institusi kewangan seperti Bank kepada pelanggan mereka, iaitu individu yang mempunyai pembiayaan aktif dengan institusi kewangan terbabit. Overlapping facility selalunya dilakukan apabila pelan pembiayaan baru yang ditawarkan oleh institusi kewangan tersebut mempunyai kadar faedah/keuntungan yang lebih rendah atau tempoh pembiayaan yang lebih panjang berbanding pinjaman yang sedia ada.

Apakah perbezaan antara Penyatuan Hutang dan Pinjaman Bertindih?
Pinjaman bertindih hanya boleh dilakukan terhadap institusi kewangan yang sama (anda ada pembiayaan yang aktif) manakala Pinjaman Penyatuan Hutang boleh dilakukan terhadap sebarang institusi kewangan yang menawarkan fungsi tersebut (debt consolidation).

Walau bagaimanapun, terdapat institusi kewangan yang menawarkan pinjaman bertindih, dan dalam masa yang sama boleh melakukan penyatuan hutang melalui pinjaman bertindih tersebut.