PERINGATAN: Tawaran kewangan dari rakan istitusi kewangan kami dibawah, berdasarkan keperluan dan kelayakan anda. Kadar keuntungan pembiayaan peribadi mungkin bergantung kepada taraf risiko individu atau kriteria lain.

Langkah-langkah Permohonan

  • Anda mesti memberikan butir-butir peribadi serta maklumat pendapatan dan pekerjaan anda.
  • Kami akan memadankan anda dengan produk yang sesuai berdasarkan kelayakan anda.
  • Untuk melengkapkan langkah pertama permohonan anda, anda akan diminta mengesahkan nombor telefon dan identiti anda.
alliance-islamic-bank-logo

Alliance Islamic Bank Pembiayaan Peribadi-i

  • Gaji Minima: RM5,000 sebulan
  • Sektor Pekerjaan: GLC / MNC / Sdn Bhd
  • Jumlah Pembiayaan: RM5,000 - RM200,000 
  • Kadar Keuntungan: 4.5% - 15.28% p.a. 
  • Tempoh: 1 - 7 years 
  • Gabungkan hutang anda ke dalam satu akaun untuk mengurangkan masa dan usaha yang dihabiskan untuk menguruskan pelbagai pinjaman / pembiayaan.
Mohon Sekarang
hsbc-amanah-logo

HSBC Amanah Pembiayaan Peribadi-i

  • Gaji Minima: RM5,000 sebulan
  • Sektor Pekerjaan: GLC / MNC / Sdn Bhd
  • Jumlah Pembiayaan: RM6,000 - RM250,000
  • Kadar Keuntungan: 4.88% - 12.5% p.a.
  • Tempoh: 2 - 7 years
  • Pengeluaran 100% - tiada duti setem, tiada bayaran pemprosesan dan tiada bayaran penyelesaian awal
  • Bayaran bulanan serendah RM130

Juara Partners Pembiayaan Peribadi-i

  • Gaji Minima: RM2,000 sebulan
  • Sektor Pekerjaan: Penjawat am yang bekerja dengan Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri sahaja
  • Jumlah pembiayaan: RM3,000 - RM60,000
  • Tempoh pembiayaan: 1 tahun - 10 tahun
  • Kadar Keuntungan: Kadar rata 9.99% setahun
  • Penyatuan Hutang: Dibenarkan
  • Konsep Syariah yang Diguna: Tawarruq (Komoditi Murabahah)
ukhwah-logo

Koperasi Ukhwah Cash-i

  • Gaji Minima: RM1,500 sebulan
  • Sektor Pekerjaan: Kerajaan / GLC
  • Jumlah Pembiayaan: sehingga RM200,000
  • Kadar Keuntungan: 4.35% - 4.99% p.a.
  • Tempoh: 1 - 10 tahun
  • Pembiayaan Bertindih dan pemohon blacklist dibenarkan
kobeta-logo

Kobeta Speed-i

  • Gaji Minima: RM1,500 sebulan
  • Sektor Pekerjaan: Kerajaan / GLC
  • Jumlah Pembiayaan: sehingga RM250,000 
  • Kadar Keuntungan: 5.99% p.a. 
  • Tempoh: 10 years only
  • Fleksibel dengan komitmen luar, pinjaman CCRIS atau Lembaga Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
koputri-logo

KoPutri Pembiayaan Tawarruq

  • Gaji Minima: RM1,500 sebulan
  • Sektor Pekerjaan: Kerajaan / GLC
  • Jumlah Pembiayaan: sehingga RM100,000
  • Kadar Keuntungan: 5.90% p.a.
  • Tempoh: 1 - 10 tahun
  • Pengeluaran pembiayaan tinggi, sehingga 92%

Konsep Pembiayaan Peribadi Pembiayaan peribadi adalah salah satu mekanisme bagi memudahkan pelanggan sesebuah institusi untuk mendapatkan tunai, barang atau perkhidmatan sebagai kegunaan persendirian dengan cara bayaran mudah.

Bagaimanakah Pembiayaan Peribadi Islamik berfungsi? Pembiayaan peribadi Islamik di Malaysia adalah berdasarkan konsep Bai’ Al-’Inah. Ia adalah konsep yang melibatkan jualan dan belian balik aset daripada penjual (bank) atas dasar pembayaran tertunda. Penjual (bank) akan menjual kepada pembeli (pelanggan) secara tunai. Penjual akan membeli semula urus niaga tersebut atas dasar pembayaran tertunda, di mana harganya adalah lebih tinggi daripada harga tunai. Ia juga boleh digunakan apabila penjual menjual kepada pembeli secara dasar tertunda. Kemudian, penjual akan membeli balik urus niaga dengan cara tunai pada harga yang lebih rendah daripada harga tertunda, dengan itu, urus niaga tersebut menjadi sebuah pinjaman. Dalam pembiayaan peribadi, aset yang terlibat dalam konsep Bai’ Al-’Inah untuk membeli dan menjual adalah wang tunai. Konsep Shariah lain yang digunakan oleh bank Islamik adalah prinsip Shariah Murabahah melalui Tawarruq untuk pembiayaan peribadi. Secara definisinya, Murabahah adalah sejenis jualan di mana komoditi tersebut akan dijual dengan tunai atau pada harga tertunda. Tawarruq pula merujuk kepada pembelian aset dengan harga tertunda, kemudian menjualnya kepada pihak ketiga untuk mendapatkan wang tunai. Bank-bank Islamik kemudiannya akan mengenakan caj kepada pelanggan yang dikenali sebagai ‘kadar keuntungan’ (pada asasnya kadar faedah) untuk kemudahan pembiayaan peribadi. Ini adalah kerana kadar faedah adalah tidak dibenarkan dalam perbankan Islamik. Perbankan Islamik menggunakan terma kadar keuntungan jangka panjang dan bukannya kadar faedah kerana cara pembiayaannya distruktur. Oleh itu, tidak seperti pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh bank konvensional yang mempunyai kadar faedah, bank Islamik akan menawarkan pembiayaan peribadi dengan kadar keuntungan yang akan ditentukan dalam kontrak pembiayaan peribadi.

Apakah perbezaan diantara pembiayaan peribadi Islamik dengan pinjaman peribadi konvensional? Pembiayaan peribadi berbeza dengan pinjaman peribadi kerana dalam pembiayaan peribadi terdapat aqad. Antara prinsip yang digunakan ialah prinsip jual beli, sewaan atau perkongsian. Manakala pinjaman peribadi pula melibatkan proses pinjam meminjam yang menggunakan prinsip qard al-hasan. Oleh yang demikian, hukum pembiayaan adalah diharuskan di sisi Islam selagi ia tidak terdapatnya riba dalam urusan transaksi tersebut. 

Perbezaan dari perspektif urus tadbir dan operasi

Perbezaan dari perspektif produk

Bagaimanakah saya boleh mengenali pinjaman Islamik? Pembiayaan peribadi Islamik atau pinjaman Islamik boleh dikenali dengan mudah berdasarkan nama pinjaman tersebut. Semua pinjaman yang berakhir dengan huruf ‘i’ dianggap sebagai pinjaman Islamik walaupun tanpa perkataan itu sendiri. Sebagai contoh, Alliance Islamic Bank Pembiayaan Peribadi-i. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kes bank Islamik yang mungkin tidak mempunyai huruf ‘i’ pada produk pinjaman, kerana ianya difahami bahawa institusi Islamik akan menyediakan produk pembiayaan yang patuh kepada undang-undang syariah dalam apa jua keadaan. 

Apakah faedah pembiayaan peribadi Islamik? Caj pembayaran lewat adalah lebih rendah daripada apa yang dikenakan oleh pinjaman konvensional. Ini adalah kerana kadar faedah kompaun adalah dilarang oleh Syariah, sebab itulah caj pembayaran lewat akan menjadi lebih rendah. Caj pembayaran lambat untuk perbankan Islamik di Malaysia adalah berdasarkan konsep Ta’widh, dan tertakluk kepada kadar maksimum 1% setahun. Manfaat lain ialah amaun untuk pembayaran balik pelanggan adalah tetap untuk keseluruhan tempoh pada permulaan pembiayaan. Ini bermakna ianya tidak akan meningkat walaupun terma pembiayaan kemudiannya meningkat.

Bolehkah seorang bukan Islam memohon untuk pembiayaan peribadi Islamik? Ya, kedua-dua Muslim dan bukan Muslim boleh menggunakan manfaat dan ciri-ciri produk dan perkhidmatan perbankan Islam.  

Apakah kriteria kelayakan untuk memohon pembiayaan peribadi Islamik? Pemohon mestilah: - Warganegara Malaysia - Berumur 21 tahun dan ke atas - Penjamin mungkin atau mungkin tidak diperlukan bergantung kepada bank. - Penganggur, pesara dan ekspatriat tidak layak untuk pembiayaan peribadi Islam kerana mereka dianggap sebagai terlalu berisiko.

Dokumen peribadi apa yang saya perlukan untuk memohon pembiayaan peribadi Islamik? Bekerja: > Salinan Kad Pengenalan > Slip gaji 3 bulan terkini > Penyata bank 3 bulan terkini yang mesti disamakan dengan slip gaji > Penyata EPF Dokumen sokongan tambahan mengikut permintaan oleh setiap bank Bekerja sendiri dan pemilik perniagaan: >>Salinan kad pengenalan >>Borang BE terkini dengan resit cukai rasmi >>Salinan pendaftaran perniagaan >>Borang 9, 24, 49 untuk syarikat >>Lembaran Imbangan Audited &&P &&L ATAU Penyata Bank 6 bulan terkini *Dokumen sokongan tambahan mengikut permintaan oleh setiap bank